Permohonan lanjut tangguh bayaran PTPTN dibuka bermula esok

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah
memberikan peluang untuk membuat permohonan perlanjutan tempoh bayaran balik
pinjaman disebabkan wabak COVID-19 bermula esok hingga 31 Mac ini.
permohonan boleh dilakukan melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19.
Link ini boleh dibuka pada hari esok hingga 31 Mac ini.
Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, "Tiada
sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan," katanya dalam
satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada
peminjam melalui e-mel yang dikemukakan dalam tempoh tiga hari bekerja dari
tarikh peminjam mengemukakan permohonan.
Susulan itu, katanya, peminjam diingatkan mengemaskini
maklumat perhubungan dan terkini bagi memastikan maklumat berkenaan kelulusan
permohonan perlanjutan disampaikan kepada mereka.
Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh hubungi Careline
PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari jam 9
pagi hingga 5 petang atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my di ruangan
soalan lazim.
Beliau berkata PTPTN menyambut baik inisiatif perlanjutan
tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman COVID-19 yang diberikan kepada
peminjam yang layak selama tiga bulan.
Katanya peminjam yang layak adalah mereka yang kehilangan
pendapatan seperti diberhentikan kerja dan terjejas pendapatan iaitu pendapatan
berkurangan.
No comments: