PAKEJ BANTUAN KHAS ~ MORATORIUM DAN PENGURANGAN ANSURAN PINJAMAN

 

Semasa tempoh pelaksanaan PKP ini, saya ingin menekankan bahawa bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan. Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bankbank, seperti yang diumumkan sebelum ini. Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank juga telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.

 

 

Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan pembayaran, dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam PKS. Ini membuktikan bahawa rakyat tidak perlu bimbang untuk menghubungi bank jika mereka memerlukan fleksibiliti pembayaran.

 

Bagi peminjam yang menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka, Bank Negara Malaysia serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, atau AKPK, bersedia untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada anda melalui telefon atau secara dalam talian.


5 comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.