Laman Web Manfaat Belanjawan 2021 ~ Semak Senarai Kelayakan Bantuan Yang Anda Layak

 

Bagi mengurangkan beban rakyat dan memastikan kelangsungan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, kerajaan telah memperkenalkan banyak jenis bantuan. Bantuan tersebut diberikan dalam pelbagai bentuk seperti pemberian wang tunai, pengurangan dan pengecualian cukai, diskaun bil dan lain-lain.

 

Ikuti channel Telegram rasmi https://t.me/bantuankerajaan2021

 

Disebabkan terlalu banyak jenis bantuan yang disediakan, mungkin ada yang anda terlepas pandang untuk menerimanya walaupun anda sebenarnya layak. Untuk memastikan anda tidak terlepas mendapatkan semua bantuan yang layak, kerajaan telah membangunkan portal Manfaat.

 

 

 


 

Di dalam portal ini, pengunjung boleh memeriksa dengan teliti jenis bantuan yang layak diterima. Anda hanya perlu menjawab soalan mengenai maklumat diri seperti keluarga dan pekerjaan, dan ia akan menyenaraikan semua bantuan kerajaan yang layak anda terima. Terdapat juga cara memohon disenaraikan.

 

Baca juga : YTL Foundation ~ Permohonan Bantuan SmartphonePercuma Untuk Keluarga B40

 

Cara Menyemak di Manfaat

Untuk menggunakannya sangat mudah. Bermula dengan pergi portal Manfaat di alamat : 👇

 

👉 Semakan Online  atau,

 

👉 belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat

 

dan tekan butang Mula.

 

 

 

Di laman ini, anda boleh memilih antara Individu dan Isi Rumah, Perniagaan dan Majikan, dan Komuniti.

 


 

 

Apabila memilih Individu dan Isi Rumah, anda perlu memberi sedikit maklumat peribadi. Ia tidak bertanyakan soalan khas, tetapi hanya soalan umum seperti jantina, golongan umur, status ketidakupayaan, status perkahwinan, tanggungan pekerjaan dan pendapatan bulanan isi rumah. Anda harus memberikan maklumat dengan tepat agar bantuan yang betul disenaraikan. Tekan butang Teruskan selepas selesai mengisi maklumat.

 

 

 


 

Selepas itu akan terpapar pilihan aspek bantuan. Terdapat 6 aspek dan anda boleh pilih satu atau lebih aspek. Lebih mudah jika anda pilih semua, kerana anda boleh memilih untuk melihat senarai aspek selepas ini.

 




 

Laman ini adalah laman akhir di mana ia menyenaraikan semua bantuan yang layak anda terima. Bagaimanapun, senarai ini hanya menerangkan secara umum bantuan yang layak. Anda masih perlu membuat permohonan untuk mendapatkan setiap bantuan ini, bergantung kepada terma dan syarat.

 


 

Perkara yang sama juga dilakukan jika anda memilih Perniagaan atau Komuniti. Isi maklumat yang diperlukan dan anda akan dapat melihat senarai bantuan yang layak diperolehi.

 


 

Jangan lupa untuk mendapatkan semua bantuan yang layak anda terima. Di samping membantu diri sendiri, dapat juga membantu mereka di sekeliling anda untuk meneruskan hidup di waktu mencabar akibat COVID-19.

 

Sumber : soyacincau


1 comment:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.