Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam,
Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.
Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti
berikut:
Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau
Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan),
Melaka, Johor dan Sabah.
Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri
iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi
negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.
-- PM Tan Sri Muhyiddin Yassin
No comments: