Hentikan perkataan guru 'makan gaji buta'

Rakyat Malaysia diminta untuk berhenti mengeluarkan
perkataan kononnya guru kurang bekerja ketika melakukan kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
susulan penularan pandemik COVID-19.
Ketika PDPR dilakukan, ramai guru sanggup berkorban demi
memastikan murid dapat mengikuti sesi pembelajaran, bukan itu sahaja, apabila
kaedah itu dilakukan hampir kesemua kos berkaitan PDPR ditanggung oleh guru
sendiri, terutama membabitkan utiliti.
Guru berkorban gunakan wang ringgit sendiri untuk melanggan
data Internet, malah ada juga guru buat studio sendiri di rumah untuk
memastikan sesi pengajaran lebih menarik untuk memastikan pelajar dapat
memahami ilmu yang diberikan.
Dalam hal ini,
kerjasama ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran di rumah dapat berlangsung dengan lebih berkesan, tegasnya.
Sebelum ini, KPM menyediakan manual PdPR meliputi pendekatan
secara dalam talian, luar talian dan 'off-site', sama ada menggunakan modul
pembelajaran atau pembelajaran berasaskan projek, selain sentiasa berusaha
memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran.
No comments: