Contoh Bukti Pendapatan Terjejas Yang Boleh Dijadikan Dokumen Sokongan Kategori 2

 

Permohonan pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar telah diperluas kepada semua Ahli KWSP.  Sebelum ini, hanya 2 juta Ahli sahaja yang layak membuat pengeluaran i-Sinar bagi mereka yang betul-betul terjejas sahaja.  Namun 26 November lepas Menteri Kewangan telah mengumumkan pengeluaran i-Sinar diperluas kepada 8 juta Ahli KWSP. 

 

Pihak KWSP akan menginformasikan maklumat terperinci mengenai kelayakan dan proses pengeluaran caruman menggunakan akaun melalui i-Sinar pada Rabu ini.  Pengumuman tersebut akan menjawab segala kekeliruan yang timbul dalam kalangan orang ramai.

 

 

 

PENGELUARAN SEHINGGA RM10,000


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan, secara umum mereka yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji yang layak dibuat sehingga RM10,000 baki simpanan dalam akaun satu yang hampir RM90,000.

 

 

 

DOKUMEN BUKTI PENDAPATAN TERJEJAS

 

Maklumat bukti terjejas adalah salah satu syarat wajib untuk permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP, dan anda boleh menggunakan dokumen- dokumen berikut sebagai bukti bukti terjejas:

  1. Notis diberhentikan kerja oleh majikan
  2. Notis diberi cuti tanpa gaji oleh majikan
  3. Notis potongan gaji oleh majikan 
  4. Notis potongan elaun daripada majikan
  5. Notis potongan OT (Elaun kerja lebih masa) daripada majikan
  6. Penyata akaun perniagaan / laporan pendapatan bulanan (Bagi yang bekerja sendiri)
  7. Surat akuan pengesahan pendapatan (Bekerja sendiri / tidak ada slip gaji)

 

Sekiranya bukti pendapatan terjejas ini menjadi satu syarat wajib oleh KWSP untuk kemukakan permohonan i-Sinar, Ahli perlu kemukakan dokumen-dokumen di atas sebagai bukti bahawa pemohon betul-betul memerlukan bantuan i-Sinar. 


4 comments:

  1. Pembayaran i-sinar Rm10.000 ke akaun bank bsn

    ReplyDelete
  2. surat sokongn bagai... alahai... mintk payslip n penyata gaji sudah.. kn dh boleh detect.. ape la..

    ReplyDelete
  3. Pengeluaran i sinae kwsp ke akaun ambank berhat

    ReplyDelete

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.