Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 ~ Tarikh Permohonan Dan Pengemaskinian

 


Bantuan Prihatin Rakyat yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan walaupun berganti kerajaan yang baru, namun bantuan ini tetap diberikan kepada golongan rakyat yang memerlukan terutama dalam keadaan pendemik Covid-19.


Apa yang lebih menariknya, dengan perubahan nama bantuan ini, sebenarnya menyebabkan jumlah bantuan ini juga ditambahbaik dan terdapat tambahan jumlah bantuan daripada tahun ke tahun.


www.infomalaysiakini.com ingin berkongsi berkenaan maklumat yang sangat penting iaitu Dokumen Sokongan Yang Diperlukan semasa membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat.

 

 

PERMOHONAN BPR 2021

 

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) seperti dibawah

 

  1. Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
  2. Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.

 

 

Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

  • Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus

  

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

  • Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

 

 

 

Maklumat BPR 2021 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:

o Permohonan secara dalam talian

o Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian

o Borang Permohonan BPR 2021 Yang Boleh Dimuat turun

o Panduan Pengguna Pengisian Borang

o Soalan Lazim (FAQ)

 

Rujuk Disini : https://bpr.hasil.gov.my/


1 comment:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.