Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 ~ Cara Semak Nombor Baucar & Tuntut Pembayaran Tunai BPN 2.0!


Mengambil kira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

 

Pembayaran Fasa Pertama telah disalurkan kepada semua Penerima BPN 2.0 pada Hujung Oktober tahun lalu. Infomalaysiakini ingin berkongsikan Cara untuk membuat Semakan Bayaran BPN 2.0 untuk Fasa 2 yang telah diumumkan berkenaan Pembayaran yang bukan melalui akaun bank untuk Fasa 2 akan dibuat pada Tanggal 25 Januari 2021.

 

 

JUMLAH BANTUAN YANG AKAN DISALURKAN DI BAWAH BPN 2.0 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

 

  • Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40
  • Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang
  • Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
  • Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

 

 

 

 

 

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

 

 

 

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN

 

 

CARA MEMBUAT SEMAKAN PEMBAYARAN BPN 2.0

 

 

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status BAYARAN bpn2.0 anda:

 

 

 

semakan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

 


 

  1. Layari Portal Semakan Bantuan BPN 2.0 https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda. Contoh 891216036095
  3. Tertera maklumat jumlah pembayaran BPN 2.0
  4. Klik butang ‘Paparan Maklumat’
  5. Status bantuan akan dipaparkan
  6. Masukkan “Password”
  7. Klik “Maklumat Bayaran BPN”

 


 

 Contoh paparan untuk Nombor Siri yang boleh dituntut adalah seperti di atas:

 

Semua Maklumat Bayaran akan tertera.


2 comments:

  1. Bpn Lulus tapi pembayaran tak berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bpn Lulus tapi pembayaran tak berjaya

      Kenapa belum terima no siri sampai sekarang..kenapa hanya tertera gagal kredit shj. Rujuk pada akauan..itu je di status. Sampai bila pulak nak kena tunggu padahal boleh je terus bagi no siri kan? Ini hanya gagal kredit shj yg tertera. Apa kebaikan yg hanya itu yg tertera. Nak maki je
      rasa. Jgn di tambah susah org yg dlm kesusahan.

      Delete

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.