Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 ~ Cara Membuat Semakan Bayaran

Mengambil kira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh
rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk
rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0
dengan peruntukan hampir RM7 bilion.
Pembayaran Fasa Pertama telah disalurkan kepada semua
Penerima BPN 2.0 pada Hujung Oktober tahun lalu. Infomalaysiakini ingin
berkongsikan Cara untuk membuat Semakan Bayaran BPN 2.0 untuk Fasa 2 yang telah
diumumkan bahawa Pembayaran untuk Fasa 2 akan dibuat pada Tanggal 21 Januari
2021.
JUMLAH BANTUAN YANG AKAN DISALURKAN DI BAWAH BPN 2.0 ADALAH
SEPERTI BERIKUT:
- Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40
- Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang
- Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
- Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya
pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi
golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan
keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.
Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN
CARA MEMBUAT SEMAKAN PEMBAYARAN BPN 2.0
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status BAYARAN
bpn2.0 anda:
semakan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

- Layari Portal Semakan Bantuan BPN 2.0 https://bpn.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan anda. Contoh 891216036095
- Tertera maklumat jumlah pembayaran BPN 2.0
- Klik butang ‘Paparan Maklumat’
- Status bantuan akan dipaparkan
- Masukkan “Password”
- Klik “Maklumat Bayaran BPN”
Contoh paparan untuk penerima yang layak adalah seperti di
bawah:
Semua Maklumat Bayaran akan tertera.
Rayuan gkp bila keputusan di buat?
ReplyDeletemacamana nak mohon bantuan teksi
ReplyDeleteKenapa saya punya bantuan masuk lagi hari ni
ReplyDelete