BANJIR DI SABAH SEMAKIN MEMBINGBANGKAN, SEPULUH DAERAH TERJEJAS



Hujan lebat berterusan sejak petang Sabtu merekodkan sebanyak sepuluh daerah di Sabah terkesan dengan banjir pada setakat 10 pagi ini.

Antara daerah yang terkesan ialah Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Tuaran, Papar, Pitas, Paitan Beaufort dan kota belut.

 

 

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Lt. Kol Mohd Izaimi Md Daud, ketika dihubungi Astro AWANI pada pagi tadi mendedahkan, seramai 270 mangsa melibatkan daerah terlibat.

 

 

"Di Kota Kinabalu hujan masih renyai-ranyai, air masih meningkat dan proses pemindahan masih lagi berjalan," katanya.

 


Pusat Pemindahan

 

Di Kota Belud juga mengalami Banjir teruk menyebakan sesetengah penduduk di daerah Kota Belud tidak dapat pergi ke Pekan untuk membeli barang keperluan rumah disebabkan Kawasan Jalan Utama untuk pergi ke pekan mengalami Banjir yang sangat teruk.


 



Banjir di Daerah Kota Belud

 

 

Sebanyak sembilan PPS yang beroperasi pada ketika ini, iaitu Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang, Dewan Serbaguna PPR Ketiau, Putatan, Dewan Likas, Dewan Kubambangan, Dewan Binsulung, Dewan DSP Mohd Dun Banir dan Dewan Kampung Kusilad.

 



 

Sementara itu, di Putatan dan Penampang, 38 mangsa banjir telah ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bermula lewat malam semalam.

 

"Untuk PPS di Penampang, seramai 31 mangsa banjir telah dibawa ke Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang sejak jam 9.30 malam tadi.


"Manakala untuk penduduk Putatan yang terjejas, tujuh mangsa banjir telah dipindahkan ke Dewan PPR Sri Keramat Putatan bermula jam 12.30 tengah malam," katanya.

 

Pasukan keselamatan menyediakan khemah di pusat pemindahan sementara bagi menempatkan mangsa banjir.

 

Untuk rekod, METMalaysia telah mengeluarkan amaran bencana buruk bagi pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) serta pantai barat Sabah, yang akan berterusan sehingga Ahad.


Hujan lebat dijangka di Kudat, Telupid, Beluran, Kota Belud dan Sandakan sehingga esok.

 

Haris dalam pada itu menasihatkan orang ramai terutamanya penduduk yang terkesan akibat banjir di dua daerah berkenaan supaya terus berhati-hati memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.


No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.