SEMAKAN BANTUAN SABAH PRIHATIN COVID-19 KINI BOLEH DILAKUKAN

Info Berkenaan Bantuan Kerajaan :
https://t.me/bantuankerajaan2021
KOTA KINABALU: Semakan Bantuan Sabah Prihatin Covid-19 kini
boleh dilakukan melalui talian yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi
memudakan proses semakan status permohonan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima
Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, kini orang ramai boleh mengakses
portal semakan menerusi https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/ atau melalui talian 088-369430 dan
01159792975 (Whatsapp).
Kerajaan Sabah menyediakan peruntukan RM160 juta bagi
membantu golongan sasar dari pelbagai sektor yang terkesan akibat pandemik
Covid-19.
Disamping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat
dan perkembangan terkini Covid-19 daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Covid-19 negeri Sabah.
Katanya, maklumat semasa situasi kes Covid-19 di Sabah boleh
diakses melalui portal https://covid19.sabah.digital/covid19/ dan talian iaitu
088-369433 dan 088- 369434 untuk pelbagai pertanyaan, prosedur operasi standard
(SOP) dan pengoperasian perniagaan dan lain-lain.
No comments: