[RASMI] Panduan dan Cara Permohonan KWSP i-Sinar RM10,000.00

 


Kerajaan dah umumkan boleh keluarkan akaun 1 KWSP anda. Ni step by step macam mana cara nak mohon. Yang tiada i-Akaun pun boleh buat melalui online sahaja. Sebelum anda rujuk panduan untuk permohonan, pastikan anda rujuk Kriteria bagi Kategori 1 terlebih dahulu.

 


KATEGORI  1


Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi pertunjukan, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

 

 

 

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

  • Ahli yang tiada karuman dengan KWSP waktu-panjang selama 2 bulan berturut-turut semasa menggunakan
  • Ahli yang masih bekerja telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas Mac 2020.

 

 

 

Bagi kategori ini:

  • Tiada dokumen diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP;

 

 

 

Ahli hanya memerlukan permohonan secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020. Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

 

 

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar

 

 

PENCARUM TANPA I-AKAUN.

 

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun:

 

  1. Pergi ke portal i-Sinar KWSP iaitu https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Sila klik PERMOHONAN BAHARU.
  3. Isikan nombor MyKad.
  4. Umur mesti bawah 55 tahun semasa permohonan.
  5. Isikan Nombor Telefon Bimbit, Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar dan Negeri.
  6. Pilih Amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat).
  7. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank yang anda gunakan.
  8. Pilihan Bank. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa).
  9. Pastikan nombor akaun bank tersebut aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.
  10. Muat turun Dokumen Bukti Pendapat Terjejas.
  11. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
  12. Klik HANTAR.

 

.

 

PENCARUM YANG MEMPUNYAI I-AKAUN.

 

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun:

  1. Pergi ke website tersebut dan log masuk i-Akaun: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Klik PENGELUARAN.
  3. Klik PERMOHONAN BAHARU.
  4. Pilih i-SINAR.
  5. Baca syarat & terma. Kemudian klik OK.
  6. Klik SETERUSNYA.
  7. Pilih amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat).
  8. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank yang anda gunakan.
  9. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa).
  10. Pastikan akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.
  11. Sila buat semakan Butiran Maklumat.
  12. Muat turun Dokumen Bukti Sokongan Pendapatan Terjejas.
  13. Sila sahkan bahagian Pengesahan Permohonan.
  14. Klik SETUJU. Klik permohonan TAC kemudian masukkan nombor TAC yang anda terima melalui SMS.
  15. Klik HANTAR.


No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.