PROGRAM SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL) 2021 ~ ELAUN : RM1,000



TAWARAN MENYERTAI SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL) TAHUN 2020

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan untuk menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi Graduan Siswazah/ Diploma yang belum mendapat pekerjaan seperti berikut:

 

Graduan Siswazah

  • No. Notis : JPAN Bil.(I)1/2020
  • Penempatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan Kerajaan Negeri Sabah
  • Elaun : RM1,000.00 Sebulan Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan Tertakluk kepada prestasi semasa

 

 

Diploma

  • No. Notis : JPAN Bil.(D)1/2020
  • Penempatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan Kerajaan Negeri Sabah
  • Elaun : RM800.00 Sebulan
  • Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan Tertakluk kepada prestasi semasa

 

 

SYARAT KEMASUKAN

Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia (ibu atau bapa berasal dari Sabah);
  2. Berumur antara 21 tahun – 30 tahun pada tahun 2020;
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  4. Mendapat CGPA : 2.50/4.00 ke atas;
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya serta Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan tiga (3) subjek lain pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.



CARA MEMOHON

 

Pemohon yang berkelayakan dan berminat boleh menggunakan pautan di bawah:-

 

 

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman web https://jpan.sabah.gov.my
  2. Permohonan yang tidak memenuhi syarat kemasukan yang disyaratkan akan ditolak
  3. Pemohon yang tidak mengisi maklumat dengan jelas dan lengkap dalam semua ruang yang disediakan tidak akan dipertimbangkan
  4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 31 Mac 2020 hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
  5. Kerajaan Negeri Sabah tidak terikat untuk memberi pekerjaan tetap atau sementara kepada para peserta Skim selepas menamatkan latihan
  6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Februari 2020 (Selasa).
  7. Keputusan pemilihan calon SSL adalah muktamad.

 

 

MOHON SEKARANG

Pemohon yang berkelayakan dan berminat boleh memohon menggunakan pautan di bawah.

 

Dengan menggunakan perkhidmatan permohonan ini, pemohon secara automatik bersetuju bahawa semua maklumat yang dikemukakan adalah benar dan memenuhi syarat permohonan Skim Sangkutan Latihan Tahun 2020.

 

Segala maklumat peribadi atau maklumat berkaitan disimpan,digunakan dan menjadi data atau maklumat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.


PERMOHONAN ONLINE SSL2020


No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.