Permohonan & Semakan Bantuan Smartphone Percuma B40 Secara Online

 

Informasi yang bermanfaat yang anda boleh rujuk dari www.infomalaysiakini.com iaitu kepada pelajar sekolah dari golongan keluarga B40 anda diminta untuk membuat permohonan berkenaan bantuan smartphone atau telefon pintar secara percuma B40. Bukan itu sahaja, untuk memudahkan para pelajar untuk belajar di telefon pintar yang diberikan, bantuan data internet 120GB secara percuma juga diberikan kepada keluarga B40.

 

 Info Berkenaan Bantuan Kerajaan : https://t.me/bantuankerajaan2021

 

PERMOHONAN BANTUAN SMARTPHONE PERCUMA B40

YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia telah mewujudkan Bantuan Smartphone Percuma B40 untuk membantu pelajar sekolah rendah dan juga menengah yang langsung dan tidak mampu  untuk  memiliki sebarang peranti dan internet untuk pembelajaran dari rumah.

 

 

Bantuan ini merupakan sebiji telefon pintar percuma dengan data internet 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan).

 

 

 

 

 

 

Guru-guru juga boleh mencalonkan pelajar yang berkelayakan terutamanya daripada golongan B40.

 

Ibubapa juga boleh memohon bantuan telefon pintar ini secara sendiri.

 

Antara maklumat yang diperlukan adalah:

  1. Nombor MyKid/MyKad murid
  2. Nombor MyKad Ibubapa
  3. Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


* Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.

 

 

CARA MEMOHON BANTUAN TELEFON PINTAR PELAJAR SECARA ONLINE

Untuk permohonan secara online, pemohon hanya perlu mendaftarkan nama dengan mengisi maklumat yang diperlukan tadi di Borang Permohonan Smartphone dibawah:

 

 

 

 

borang permohonan telefon pintar smartphone percuma

 

BORANG PERMOHONAN

 

 

SEMAKAN STATUS TELEFON PINTAR

  1. Untuk membuat semakan status anda, sila boleh layari https://lcs.yes.my.
  2.  Masukkan maklumat diperlukan seperti nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
  3. Paparan status akan dipaparkan.

 


Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi:

 

YTL Foundation (421570-A)

Level 32, Menara YTL,

205, Jalan Bukit Bintang,

55100 Kuala Lumpur, Malaysia

 

Emel: ytlfoundation@ytl.com.my

Tel: +603 2038 0888

Fax: +603 2038 0388


1 comment:

  1. Saya telah memohon bantuan smartphone Yes Dr pihak tuan beberapa minggu yg lalu tp bila saya cuba menyemak kelulusan bila saya tekan hantar terima jawapn tiada pendaftaran..bila saya cuba daftar semula no ic dn atau nama sudah dalam simpanan rakod Tusn

    ReplyDelete

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.