PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) RM600 SECARA ONE-OFF

 

Menerusi Perbentangan Belanjawan 2021, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM201 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang disalurkan melalui badan Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA).

 

Dan bantuan ini juga terbuka untuk pekebun dari agensi lain seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELCRA dan banyak lagi.

 

Bantuan Musim Tengkujuh RISDA atau BMT akan diberikan sebanyak RM600 seorang secara one-off dengan membabitkan seramai 274,639 pekebun kecil RISDA dan 61,763 pekebun kecil Lembaga Industri Getah Sabah.

 

 

 

 

Bantuan ini akan disalurkan terus ke akaun pemohon secara dua peringkat iaitu:

  1. RM300 pada Disember 2020
  2. RM300 pada Januari 2021

Info Berkenaan Bantuan Kerajaan : https://t.me/bantuankerajaan2021


Selain daripada pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA, pekebun kecil dari Agensi lain juga boleh memohon bantuan RM600 ini seperti:

  1. Lembaga Getah Malaysia
  2. Jabatan Pertanian Sarawak
  3. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  4. FELCRA
  5. KESEDAR
  6. KETENGAH
  7. Dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan


Antara syarat-syarat kelayakan BMT adalah seperti berikut :

 

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
  3. Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  4. Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
  5. 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
  6. Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  7. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).


Permohonan Bantuan RISDA RM600


Untuk permohonan baru, pemohon boleh terus ke mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran dengan membawa dokumen sokongan berikut :

 

 

 

Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan
  2. Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada
  3. Geran asal tanah dan salinan
  4. Salinan buku akaun bank yang aktif

 

 

Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut :

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. pemilik tanahSalinan geran lot yang ditoreh
  4. Salinan Kad PAT-G
  5. Salinan buku akaun bank yang aktif

 

Untuk pekebun kecil di bawah Agensi lain, permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang BMT2020-01 (Agensi) beserta surat pengesahan daripada Agensi dan dihantar ke Pejabat Agensi yang berkenaan untuk diproses.

 

Ketika PKPD ini, semua pemohon hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu di Pejabat RISDA sebelum membuat urusan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

 

Setiap permohonan dari pekebun kecil getah yang memenuhi syarat akan disenaraikan untuk menerima bantuan BMT seterusnya.

 

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BMT


Pemohon kini boleh terus membuat semakan secara online melalui Sistem e-BMT dibawah dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan pemohon:

 

Sistem e-BMT

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan bantuan berkaitan BMT, anda boleh boleh menghubungi talian 03-42512125 / 03-42512135 / 03-42512023.


No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.