Info Kepada Yang Layak Mohon i-Sinar, Kakak Ini Kongsikan "A to Z" Cara Nak Aktifkan i-Akaun KWSP



Penantian yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia iaitu Pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah diperkenalan oleh kerajaan iaitu i-Sinar.

 

Kerajaan sudah membuka peluang kepada sesiapa yang layak bagi mengeluarkan wang simpanan mereka melalui i-Sinar KWSP.

 

Ramai rakyat Malaysia yang ingin megeluarkan akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Sinar. Tapi antara ramai-ramai mesti ada yang kurang tahu bagaimana caranya untuk mengeluarkan Akaun 1 KWSP iaitu i-Sinar.

 

Jangan risau, seorang warga Facebook bernama Ellashah ini sudah memberi tunjuk ajar tentangnya dari A sampai Z. Nak tahu? Jom baca perkongsian ini.

 

 

 

 

SUDAH AKTIFKAN I-AKAUN KWSP?

 

 


Untuk sesiapa yang layak untuk memohon i-Sinar bermula 21 Disember 2020 nanti, pastikan kalian sudah aktifkan i-akaun KWSP.

 

Untuk aktifkan i-akaun, perlu kemaskini nombor telefon untuk proses penghantaran TAC (kata laluan).

 

Dekat mana boleh kemaskini nombor telefon ni?

 

Boleh di mana-mana kiosk mesin sama ada di pejabat KWSP atau agen KWSP seperti bank komersial, antaranya RHB, CIMB, Maybank dan Bank Rakyat. Boleh juga rujuk di laman web KWSP.

 


BAGAIMANA CARANYA?


Ikuti langkah-langkah mengemaskini nombor telefon di kiosk mesin seperti di bawah. 

 

 

 


MASUKKAN KAD PENGENALAN


  • Pergi kiosk mesin yang ada logo ‘Encik’ KWSP ini. Boleh rujuk pegawai bertugas, mesti ada yang akan tolong. Mula-mula masukkan kad pengenalan (ada ruangannya, jangan risau).

 


BACA ARAHAN, IKUT SAHAJA

  • Baca penerangan yang dijelaskan seperti yang dipaparkan pada skrin mesin tersebut.

 

IMBAS IBU JARI


  • Contoh imbas ibu jari untuk disahkan dengan kad pengenalan kita. Ikut sahaja arahan untuk masukkan nombor telefon.

 

MASUKKAN NOMBOR TELEFON

  • Masukkan nombor telefon anda di skrin yang tertera.

 

TUNGGU PRINT OUT AKAUN BERJAYA DIDAFTAR



 

Keluarkan kad pengenalan, tunggu print out. Dah berjaya daftar, baliklah! Buat dekat rumah pun boleh.

 

ID pengguna dan kata laluan sementara akan diberi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor telefon yang kita sudah kemas kini tadi.

 

Balik rumah, ‘login’ laman web KWSP untuk pengaktifkan kali pertama (bukan melalui aplikasi i-akaun).

 

 

Selepas masuk ke laman web KWSP tadi, nampak tak garis biru tiga di atas belah kanan tu? Tekan garis tu nanti akan keluar arahan LOG MASUK. Tekan i-AKAUN (ahli).

 

Ikut sahaja arahan untuk penukaran ID pengguna dan kata laluan yang kekal, buatlah sehingga selesai.

 






Anda juga boleh memuat turun aplikasi i-akaun KWSP untuk ‘tengok-tengok’ berapa baki simpanan kalian yang ada.

 

Dah boleh tekan kalkulator agaknya berapa dapat keluarkan. Gunakan secara berhemah dan bermanfaat.

 


Tunggulah sehingga 21 Disember nanti bagi yang layak memohon i-Sinar, sudah boleh terus hantar secara online. Januari nanti InsyaAllah i-Sinar kalian semua bersinar-sinar.

 

i-Sinar, semoga ada sinarnya!

 

Ellashah,

Sentiasa bersinar-sinar!




Sumber : SIAKAPKELI









9 comments:

  1. bagaimana pulak no tel dlm system kwsp msh no yg sama tapi tidak pernah log in lgi

    ReplyDelete
  2. bagaimana pulak no tel dlm system kwsp msh no yg sama tapi tidak pernah log in lgi

    ReplyDelete
  3. Tarikh pembayaran i-sinar Rm10.000 ke dlm akaun Bsn

    ReplyDelete
  4. Bilakah I sinar kwsp masuk account bank BSN saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilah I sinar kwsp masuk account bank BSN saya

      Delete
  5. Bila I sinar kwsp masuk account bank BSN saya

    ReplyDelete

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.