KATEGORI-KATEGORI BANTUAN PRIHATIN COVID-19 SECARA ONE OFF

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah ingin memberi
pencerahan agar tidak menimbulkan salah faham dan kekeliruan kepada semua rakyat Sabah.
Sebagai makluman Bantuan Sabah Prihatin Covid 19 secara One
Off bernilai RM300 yang sedang dibayar
secara TUNAI dibank BSN adalah bagi penerima- penerima yang layak dari golongan
berikut yang tidak mempunyai akaun bank.
Manakala bagi yang mempunyai akaun bank dari kategori yang
sama, Bantuan Sabah Prihatin Covid19 mereka telah dimasukkan ke dalam akaun
masing-masing.
Kategori- kategori yang dibayar secara tunai di Bank BSN kepada yang tidak mempunyai akaun bank adalah seperti berikut :-
- Mereka yang berdaftar dalam sistem ekasih
- Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kategori B40 yang berdaftar telah diendos oleh Pejabat Daerah/DBKK/Majlis Perbandaran.
- Manakala yang tidak berdaftar dalam E-Kasih tetapi adalah seorang petani, pekebun kecil getah, pekebun kecil sawit, penternak , mereka juga layak menerima bantuan ( sila rujuk Kementerian / Jabatan masing-masing yang berkaitan )
- Penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah layak menerima bantuan ( sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am )
Di sini kami ingin menafikan kenyataan yang sedang
tular@viral di media massa bahawa Bantuan Sabah Prihatin Covid19 boleh
ditunaikan oleh sesiapa sahaja rakyat Sabah dengan menggunakan kad pengenalan /
ic di Bank Simpanan Nasional ( BSN ) adalah tidak benar.
Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
- Kementeriaan Pertanian dan Industri Makanan
- Kementerian Kerja Raya Sabah
- Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah
- Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
- Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
- Jabatan Ketua Menteri
- Dewan Bandaraya Kota Kinabalu - DBKK
Sekian Harap Maklum
Sumber :
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
No comments: