Bermula 7 Disember , Rentas Daerah dan rentas Negeri DIBENARKAN

 

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 320 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29,897 kes. Tiada kes kematian dilaporkan.

 

 

Pada hari ini, seramai 405 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 27,046 orang. Sejumlah 1,999 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 631 orang di hospital dan 1,368 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 66 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

 

 

 

 

Kes-kes jangkitan COVID-19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

 

 

 

 

INFO SABAH

 

 

PKPB di Seluruh Sabah dilanjutkan lagi selama 2 minggu sehingga 20 Disember 2020

 

Bermula 7 Disember, rentas daerah dan rentas negeri di seluruh negara dibenarkan kecuali kawasan dikenakan PKPD

  • Tiada kebenaran polis dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya akan dibuat
  • Tiada had penumpang bagi kenderaan

 

 

.

 

Sumber: Sidang Media YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan)


No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.