Bantuan JKM: Bantuan Untuk Warga Emas Dan Orang Tua


 


Dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua dinaikkan daripada RM350 yang diberikan sebelum ini.

 

Info Berkenaan Bantuan Kerajaan : https://t.me/bantuankerajaan2021

 

Ini bermakna, pada tahun 2021, orang tua atau warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang.

 

Bantuan untuk warga emas di Malaysia diuruskan oleh JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

 

Baca juga : Jom mohon Rumah PPR serendah RM35,000 saja manakala harga sewaan pula cuma RM124 sebulan

 

Tujuan bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

 

Di Malaysia, takrifan orang tua atau warga emas yang digunakan ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.


 

 

 

 

 


SYARAT KELAYAKAN

 

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

 

  1. Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
  5. Warga emas yang bukan tinggal di:

  • Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; atau


 

 

 

 

CARA MEMOHON BANTUAN WARGA EMAS

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui pautan dibawah:

 

  1. Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp.
  2. Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
  4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
  5. Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link http://www.jkm.gov.my/jkm.
  6.  Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

 

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

 

 

SOALAN LAZIM

 

Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?

  • Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

Adakah warga emas yang tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua layak untuk memohon bantuan ini?

  • Tidak. Bantuan ini diberikan hanya untuk warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya di bawah mana-mana pusat jagaan.

 

Adakah warga emas yang bukan warganegara Malaysia layak memohon bantuan ini?

  • Tidak. Bantuan ini hanya diperuntukkan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja.

 

Jika saya sudah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?

  • Tidak. Pemohon mesti menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi.

 

 

 

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

 

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

 

No Tel: 03-8000 8000

 

Info Berkenaan Bantuan Kerajaan : https://t.me/bantuankerajaan2021


No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.