Bantuan bulanan JKM RM1,000 akan dilaksanakan segera - Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan, cadangan menaikkan
kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan,
berbanding RM200 hingga RM300 sekarang, akan dilaksanakan segera.
Perdana Menteri berkata, sebagai kerajaan yang prihatin,
beliau akan memastikan golongan itu mempunyai hak dan peluang sama rata untuk
menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.
Mengambil kira keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa,
saya telah mengusulkan agar bantuan bulanan JKM yang pada masa ini berjumlah
antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1,000.
Info Berkenaan Bantuan Kerajaan : https://t.me/bantuankerajaan2021
OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
- Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
- Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN KEBAJIKAN
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
- Bantuan Kanak-Kanak
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar
- Bantuan Orang Tua
- Bantuan Am Persekutuan
- Bantuan Anak Pelihara
- Bantuan Latihan Perantis
- Bantuan Geran Pelancaran
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan
- Tabung Bantuan Segera
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian
(means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini
bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada
kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa
dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan
/ Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan
suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil
kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji
(jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang Yang Berkaitan
JKM 18 (Borang
Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muatturun)
Nak tanya saya ada memohon bantuan jkm untuk anak anak dan saya telah pun di tinjau oleh pihak kebajikan berapa lamakah proses pemohonan saya akan diluluskan saya ne memang sangat memerlukan suami saya pesakit kanser anak2 pulak ramai
ReplyDeleteNak tanya saya ada memohon bantuan jkm untuk anak anak dan saya telah pun di tinjau oleh pihak kebajikan berapa lamakah proses pemohonan saya akan diluluskan saya ne memang sangat memerlukan suami saya pesakit kanser anak2 pulak ramai
ReplyDeleteSaya nak tanya..adakah bantuan kanak kanak ini hanya untuk ibubapa / penjaga nya bergelar ibu tunggal atau disenaraikan dlm e kasih?. Adakah hanya dalam kategori ini saja yang layak memohon bantuan kanak kanak?
ReplyDeleteSekian. Terima kasih.
Bantuan kanak kanak tu macam mana?.. apa syarat kelayakan menerima bantuan kanak kanak ye?
ReplyDeleteSaya pn masih menantikan jawapan yang sama...sebabnya ada yang bertanya di kaunter jkm katanya salah 1 syarat wajib adalah ibu tunggal, tersenarai dlm e kasih xpun suami x dpt bekerja i.e. oku
DeleteKalau saya yg menanggung 3orang..dgn gaji 1800..bolehke memohon
ReplyDeleteSelamat petang..saya nak tanya layak kah saya memohon bantuan utk ank2 saya 3 org.saya ingin memohon kerana saya & suami dah tak bersama.terima kasih
ReplyDeleteSy kerja gov.dan gaji kasar 2100,ada anak 7 org,4 anak kandung dan 3 anak isteri(suri rumah) dgn bekas suami.semua dbwh jagaan dan saraan sy,adakah sy layak mohon bantuan?yang mana satu bantuan yang sy boleh mohon?
ReplyDeleteMacam mna tahu lulus kah x?!
ReplyDeleteSaya memohon untuk anak saya tak lulus..tah kenapa..mungkin saya mampu kot,kalau mampu buat apa saya memohon..takpe la bukan rezeki anak2 saya..tahun 2020 dan 2021 btul2 mencabar..anak2 banyak ketinggalan dalam pembelajaran..saya harap satu hari nanti semua anak2 kat malaysia ni boleh berjaya dalam hidup..
ReplyDelete