TERKINI: Semua Sekolah Seluruh Negara Ditutup Hingga Cuti Akhir Tahun 17 Disember - InfoMalaysiaKini

Breaking

Saturday, 7 November 2020

TERKINI: Semua Sekolah Seluruh Negara Ditutup Hingga Cuti Akhir Tahun 17 Disember

 

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa semua sekolah seluruh negara termasuk Kolej Vokasional akan ditutup bermula 9 November 2020 sehingga hari akhir persekolahan, 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.

 

 

 

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, menerusi sidang media, sebentar tadi.

 

”KPM mengambil maklum pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan pada 7 November 2020 berhubung perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Kelantan, Pahang dan Perlis.

 

”Tempoh PKPB ini adalah selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020. Manakala, PKPB di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan turut dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

 

 

 

 

”Mengambil kira pengumuman tersebut serta takwim persekolahan tahun 2020, KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di bawah KPM di negeri-negeri terlibat akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember bagi negeri Kumpulan B,” kata beliau.

 

Selain itu, KPM juga memutuskan bahawa semula sekolah yang tidak melaksanakan PKPB di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sawarak akan turut ditutup pada tarikh yang sama bermula 9 November 2020 sehingga tarikh akhir persekolahan pada 17 Disember 2020, bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.

 

Walaupun begitu, jelas beliau, pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh penutupan tersebut akan dijalankan secara home based learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

 

Tambah  beliau, pentadbir sekolah perlu memainkan peranan agar guru dan murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah selain guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing.

 

”Pentadbir sekolah perlu memastikan guru dan murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Di sepanjang tempoh ini juga guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing,” katanya.


Sumber : siakapkeli

No comments:

Post a comment