TERKINI: E-Rebat RM 200 Untuk Isi Rumah Beli Alat Pendingin Hawa Atau Peti Sejuk - InfoMalaysiaKini

Breaking

Monday, 9 November 2020

TERKINI: E-Rebat RM 200 Untuk Isi Rumah Beli Alat Pendingin Hawa Atau Peti Sejuk

 

E-REBAT RM 200 UNTUK ISI RUMAH BELI ALAT PENDINGIN HAWA ATAU PETI SEJUK

 

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 Menteri Kewangan iaitu YBM Dato' Sri Tengku Zafrul telah mengumumkan berkenaan pemberian e-rebat sebanyak RM 200 kepada isi rumah yang membeli alat pendingin hawa atau peti ais jimat tenaga buatan tempatan.

 

Program ini dikenali sebagai SAVE 2.0 diletakkan dibahagian Langkah 3 iaitu Pemulihan Alam Sekitar dibawah Strategi 4 iaitu Menjamin Kelestarian Sumber dalam Belanjawan 2021.

 

Dibawah program SAVE 2.0 itu, sebanyak RM 30 juta diperuntukkan untuk tujuan membeli alat pendingin hawa atau peti ais jimat tenaga buatan tempatan. Sebanyak 140,000 isi rumah yang akan dijangka untuk menerima manfaat daripada program ini.

 

Dalam strategi ini, kerajaan berpendapat adalah penting untuk menentukan keseimbangan pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar supaya kualiti hidup rakyat Malaysia terjaga selain menjamin legasi generasi akan datang.


No comments:

Post a comment