Permohonan Subsidi Upah RM600 Sebulan ~ Borang dibuka bermula 1 Oktober Sehingga 31Disember 2020

Pada 23 September 2020, bantuan PSU telah dilanjutkan untuk
3 bulan tambahan bagi majikan sedia ada yang sedang menerima PSU, manakala
bantuan PSU selama 6 bulan bagi semua permohonan baru mulai 1 Oktober 2020.
Program ini dikenali sebagai PSU 2.0.
Tarikh akhir permohonan PSU 2.0 adalah pada 31 Disember
2020
Apakah Program Subsidi Upah (PSU)?
- Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
- Di bawah Pakej PRIHATIN pada 27 Mac 2020, subsidi upah bagi PSU kepada majikan adalah untuk tempoh 3 bulan.
- Pada 5 Jun 2020, bantuan PSU telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan di bawah PENJANA (6 bulan secara keseluruhan).
- Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
Dapatkan maklumat / Borang Permohonan di bawah
BUTIRAN PROGRAM SUBSIDI UPAH SERTA PERLUASAN PSU
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU)
- Majikan dan pekerja hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 April 2020.
- Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM - Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2020.
- Majikan hendaklah mula beroperasi sebelum 1 Januari 2020.
- Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah.
- Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
- Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja
CARA SEMAKAN DAN PERMOHONAN
- PERMOHONAN : https://psu.perkeso.gov.my/
- Pekerja boleh menyemak senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan PSU di laman web PERKESO https://prihatin.perkeso.gov.my/psu/
- Sebarang masalah perburuhan di luar PSU, pekerja juga boleh merujuk kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di talian 03-8890 3404 atau 03-8886 2409 atau emel di jtksm@mohr.gov.my
Tumpang tanya....sebelum ni perkeso jgk ada memberi rm1200...adakah ia hanya bayaran sekali sahaja..sebab hari tu saya dpt bayaran sekali je....bukan sepatut bayaran dlm 3bulan ke...
ReplyDeleteMcm mna pkerja yg dbuang oleh mjikn tnpa ap2 notis..
ReplyDelete