Permohonan Bantuan Laptop B40, Pelan Data, Kewangan RM50 - InfoMalaysiaKini

Breaking

Saturday, 7 November 2020

Permohonan Bantuan Laptop B40, Pelan Data, Kewangan RM50

PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP B40, PELAN DATA, KEWANGAN RM50

 

 

Borang Permohonan Bantuan Laptop B40, Pelan Data, Kewangan tunai RM50 untuk pelajar IPT iaitu IPTS & universiti awam, kolej komuniti, politeknik,

 

Ramai yang mengadu pembelajaran di peringkat pengajian tinggi sekarang ini tergendala disebalik musibah COVID & perintah PKBB tahun 2020.


Apatah lagi dikalangan keluarga B40 yang serba kekurangan ‘dipaksa belajar sendiri’ di rumah atau di dalam bilik hostel tanpa peranti telefon pintar atau smartphone atau laptop yang membantu & sambungan Internet tidak kondusif.

 

Alhamdulillah, baru sahaja Kementerian Pengajian Tinggi KPT mengumumkan bantuan yang melibatkan Pakej Pelan Data Percuma dan juga peranti FREE untuk kumpulan dan golongan pelajar IPT B40 di Malaysia.

 

Dengan harapan bantuan yang diberikan ini, memudahkan kalangan pelajar B40 meneruskan pembelajaran secara online dan atas talian apabila dengan kemudahan internet dan peranti tanpa sebarang kekangan dan kekurangan. Jadi, pelajar B40 tidak perlu susah hati dengan beban kewangan yang dihadapi oleh diri sendiri & keluarga masing-masing sekarang ini. Fokus terus kepada pembelajaran


CARA MEMOHON BANTUAN PELAN DATA B40

Semua pelajar IPT layak dapat. Tidak kira pelajar Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS, Universiti Awam dari syarikat Maxis, Digi, Celcom, TM Unifi Mobile

 

 

 

  1. Cara mohon bantuan pelan data b40 mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah, pergi berjumpa dengan bahagian Hal Ehwal Pelajar pusat pengajian anda.
  2. Jika anda layak, anda akan diberikan kad sim secara free dan percuma.

 


CARA MEMOHON BANTUAN LAPTOP B40

Jika anda tidak layak dapat bantuan untuk laptop percuma, anda juga boleh apply potongan harga dan diskaun melalui pautan dijadual bawah ini.

 

Cara mohon bantuan laptop b40 boleh dilakukan dengan cara klik pautan di bawah mengikut jenama laptop yang anda inginkan


BANTUAN LAPTOP ACER B40

Permohonan atas talian  : https://store.acer.com/en-my/promotion/students

 

SAMSUNG

Permohonan atas talian  : https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store

 

APPLE ONLINE STORE

Permohonan atas talian  : https://www.apple.com/my/education/higher-education/


 

CARA MEMOHON BANTUAN KEWANGAN RM50 UNTUK B40

Untuk makluman semua. Kami sarankan anda berhubung terus dengan bahagian Hal Ehwal Pelajar, HEP masing-masing.

 

Mereka akan membantu melincinkan proses permohonan & pembayaran Bantuan kewangan sebanyak RM50 kepada anda.

  1. Bantuan kewangan Rm50 ini hanya akan diberikan kepada pelajar baru bagi bagi sesi kemasukan September 2020/2021
  2. Tarikh pembayaran bantuan kewangan RM50 untuk pelajar IPT ini akan bermula 11 November 2020 hingga akhir 31 Disember 2020
  3. Bayaran bantuan akan terus masuk dalam akaun bank anda


Pastikan anda lengkap segala dokumen yang diperlukan termasuk:

  1. Bank & Nombor akaun
  2. Nombor telefon bimbit atau emel
  3. Salinan kad pengenalan (IC)
  4. Salinan penyata bank anda


PORTAL RASMI: https://www.mohe.gov.my/

1 comment:

  1. "Bantuan kewangan Rm50 ini hanya akan diberikan kepada pelajar baru bagi bagi sesi kemasukan September 2020/2021" - adakah ini bermaksud hanya pelajar baru tahun pertama sahaja yang layak memohon?

    ReplyDelete