Perbincangan Dibuat Berkenaan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ~ Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perbincangan Dibuat
Berkenaan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ~ Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Kerajaan dalam kajian berkenaan untuk membenarkan pencarum
tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya telah membuat perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1,” katanya dalam satu temu bual bersama BERNAMA dan stesen televisyen tempatan lain, di sini, hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021.
Belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 Nov itu merupakan
yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.
Kerajaan pada tahun ini telahpun melaksanakan beberapa
kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan
kepada 7 peratus daripada 11 peratus dan
pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan
maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.
Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk
mengurangkan caruman pekerja kepada tujuh peratus yang kini menyumbang kepada
meningkatkan pendapatan boleh guna sebanyak hampir RM700 juta sebulan.
No comments: