[VIDEO] Penduduk Lahad Datu Bantah Lanjutan PKPD - InfoMalaysiaKini

Breaking

Monday, 9 November 2020

[VIDEO] Penduduk Lahad Datu Bantah Lanjutan PKPD

 

Penduduk di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah di Lahad Datu berkumpul di pintu masuk bagi membantah pelanjutan PKPD selama 14 hari lagi.  

 

Pihak berkuasa perlu segera memberi penjelasan mengenai langkah tersebut untuk menenangkan penduduk.

 

PKPD di dua lokaliti itu disambung bermula 10 hingga 23 November 2020

 

 

 

Sumber berkata, penduduk tidak berpuas hati dengan pelanjutan PKPD yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa kehidupan mereka sangat terjejas sejak perintah itu dilaksanakan pada 13 Okt lalu.

 

”Penduduk di sini tidak berpuas hati kerana jumlah kes sudah mencapai tahap rendah dan kebanyakkan mereka tidak sanggup lagi menanggung beban kerana ada yang sekadar kerja gaji harian dan berniaga kecil-kecilan,” katanya.

 

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun ketika diminta mengulas perkara itu berkata, beliau akan meminta Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sabah serta Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menilai semula keadaan di kawasan itu.



No comments:

Post a comment