Panduan Untuk Mendapatkan Laporan Rekod Kredit Anda

Bagaimanakah pihak bank atau institusi kewangan dapatkan
rekod kredit anda? Mereka dapatkan maklumat ini daripada laporan kredit. Di
Malaysia, terdapat beberapa agensi pelaporan kredit, ini termasuklah;
Biro Kredit yang diselia oleh Bank Negara Malaysia untuk
mengawasi CCRIS
CTOS dan RAM Credit Information yang didaftar dibawah Akta
Agensi Pelaporan Kredit 2010
APAKAH ITU CCRIS?
CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah
rekod yang diselia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia yang mengawasi corak
pembayaran pinjaman anda.
REKOD CCRIS TERMASUKLAH:
- Butiran mengenai pinjaman anda dengan setiap institusi kewangan di Malaysia (ini termasuk semua bank dan institusi kewangan bukan bank seperti AEON Credit atau PTPTN)
- Rekod pembayaran pinjaman bagi tempoh 12 bulan yang lepas termasuk sebarang tunggakan
- Sebarang pinjaman ‘Special Attention’ atau pinjaman di bawah pemerhatian bank
- Pinjaman yang telah melalui penjadualan dan penstrukturan semula
CARA BACA LAPORAN KREDIT CCRIS
Laporan CCRIS adalah kad laporan kredit anda. Maklumat yang
dinyatakan dalam laporan tersebut menentukan kelayakan anda untuk memohon
kemudahan kredit seperti pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman perumahan,
pinjaman kereta, dan sebagainya. Kami akan berkongsi dengan anda cara bagaimana
untuk mendapatkan laporan CCRIS dengan contoh di bawah ini. Maklumat yang
terdapat dalam contoh laporan kredit ini adalah semata-mata untuk tujuan
ilustrasi dan tidak mewakili mana-mana individu.
STEP PERTAMA

- Untuk kali pertama, pastikan anda daftar terlebih dahulu di link https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/NewSimpleRegister
- Isi semua maklumat yang diminta untuk anda isi
- Selesai isi semua maklumat yang diminta, klik “Continue”
STEP KEDUA

- Untuk masuk ke akaun anda, klik pada link ini https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/LoginPage
- masukkan nombor kad pengenalan anda dan Password yang anda telah daftarkan
- Klik “Login”
STEP KETIGA

- Klik "View last report"
- Laporan yang anda inginkan akan tertera
- Semua maklumat Baki Pinjaman akan tertera.
No comments: