PANDUAN UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN mySALAM - InfoMalaysiaKini

Breaking

Monday, 16 November 2020

PANDUAN UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN mySALAM

 



APA ITU mySALAM

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

 

Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam?

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

 

 

KELAYAKAN mySALAM

 

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

 

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

 

 

CARA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN mySALAM

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

 


Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

 

Tuntutan penyakit kritikal

  1. Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal
  3. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'
  4. Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'.
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

  • Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor
  • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Tuntutan hospitalisasi

  1. Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

  • Salinan Nota Discaj
  • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

 

BERAPA LAMA PROSES TUNTUTAN

  1. Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. 
  2. Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan. 
  3. Status tuntutan, i.e. dokumen tidak lengkap, boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my
  4. Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak. 
  5. Maklumat ini juga boleh diakses melalui www.mysalam.com.my

 


MAKLUMAT WAJIB YANG PERLU ADA DALAM SURAT DISCAJ

  1. Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi
  2. Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang yang Dilindungi
  3. Tarikh Kemasukan Wad
  4. Tarikh Keluar Wad
  5. Diagnosis
  6. Tandatangan & Cop Pegawai Perubatan

 

Maklumat Lanjut : https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM


No comments:

Post a comment