MENTERI KEWANGAN TERIMA 10 CADANGAN SUARA HATI RAKYAT ~ YB Tengku Dato' Seri Zafrul - InfoMalaysiaKini

Breaking

Monday, 2 November 2020

MENTERI KEWANGAN TERIMA 10 CADANGAN SUARA HATI RAKYAT ~ YB Tengku Dato' Seri Zafrul

 

Terdapat 10 cadangan utama di dalam memorandum tersebut yang diserahkan kepada Tengku Zafrul yang dijangka mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi di dalam keadaan Malaysia menghadapi krisis wabak covid-19 yang menular di negara ini lapor Malaysia Gazzette.

 

Penyerahan memorandum tersebut telah diwakili oleh setiausaha agungnya, Ahmad Maslan, ketua pemuda Dr Asyraf, Noh Omar dan Dr Zambry Kadir.

 

Menurut Dr Asyraf dalam Facebook miliknya mengatakan pertemuan tersebut bertempat di pejabat Tengku Zafrul yang bermula pada jam 10 pagi sehingga 1145 pagi.

 

Menurut Asyraf, Tengku zafrul memberikan jaminan yang positif dengan mengambil serius terhadap perkara yang dibentangkan melalui memorandum berkenaan.

 

Maklumat isi kandungan memorandum tersebut yang mengutarakan 10 cadangan utama bagi pertumbuhan aliran tunai dan perkembangan ekonomi negara termasuklah ;

 

 

 

MENTERI KEWANGAN TERIMA 10 CADANGAN SUARA HATI RAKYAT

 

 

 

 

  1. Bayaran khas secara bulanan kepada penjawat awam di barisan hadapan sehingga berakhirnya wabak covid-19 di tahap yang optimum.
  2. Meningkatkan kerana reskilling kepada pekerja sektor pelancongan, penerbangan, perhotelan serta lain-lain.
  3. Inisiatif subsidi upah RM600 sebulan selama 12 bulan Kepada syarikat yang menggaji graduan serta belia yang diambil bekerja.
  4. Memudahkan dan melonggarkan syarat pinjaman perniagaan seperti; Tekun Nasional, Amanah ikhtiar Malaysia, atau mana-mana agensi berkaitan untuk PKS peniaga kecil dan sederhana. Kerajaan disaran untuk beri geran bantuan RM5000 kepada syarikat yang layak melalui geran khas prihatin perniagaan.
  5. Lanjutan tempoh penangguhan Bayaran balik PTPTN sehingga Disember 2021, cash rebate banyak 30% bagi peminjam PTPTN yang terus membayar pinjaman sepanjang wabak covid-19.
  6. Bayaran khas sebanyak RM500 kepada ibu - bapa bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan tahun 2021.
  7. Bantuan e wallet sebanyak RM50 sebulan selama 12 bulan kepada pelajar IPTA dan ipts untuk pembelian data mudah alih bagi tujuan pembelajaran.
  8. Yuran percuma kepada pelajar universiti awam disebabkan tiada pengajaran dan pembelajaran di kampus universiti.
  9. Meluluskan kebenaran untuk mengeluaran akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM5000 sahaja.
  10.  Lanjutan tempoh moratorium secara pukal sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi


No comments:

Post a comment