[MAKLUMAT PENTING] ~ Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Untuk Golongan B40, M40, T20 Secara AUTOMATIK

Susulan ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Bank
Negara Malaysia (BNM) ingin menyampaikan maklumat tambahan tentang
langkah-langkah yang diumumkan untuk isi rumah dan perniagaan yang terjejas
akibat COVID-19.
Langkah-langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha yang
berterusan oleh industri kewangan untuk membantu memulihkan ekonomi, di samping
memelihara kesejahteraan sumber pendapatan rakyat Malaysia.
BNM menyedari bahawa situasi masih mencabar bagi sesetengah
peminjam. Oleh itu, untuk membantu individu dan perniagaan yang pendapatan
mereka terjejas akibat pandemik, BNM akan menyediakan kemudahan pembiayaan
tambahan; fleksibiliti yang dipertingkat di bawah Bantuan Bayaran Balik
Pinjaman Bersasar
SIAPA YANG LAYAK BUAT PERMOHONAN?
- Golongan B40
- Golongan M40
- Golongan T20
Maklumat Tambahan:
- Untuk makluman, lanjutan ini tidak akan menjejaskan laporan kredit CCRIS peminjam.
CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM
Mereka yang ingin membuat permohonan lanjutan moratorium dan
fleksibiliti bayaran balik pinjaman boleh ikuti cara-cara yang disediakan di
bawah:
Seperti yang dinyatakan oleh YBMK dalam ucapan Penggulungan
Belanjawan 2021:
Golongan B40 (BSH/BPR) dan peniaga kecil/mikro HANYA perlu:
- Hubungi bank
- Pilih sama ada moratorium selama 3 bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% untuk 6 bulan
- KELULUSAN diberi secara AUTOMATIK ✅
Golongan M40 Dan T20 (BPN)
- Hubungi bank
- perlu membuat pengisytiharan kendiri (self-declaration) bagi mengurangkan ansuran bulanan
- Kelulusan diberi secara AUTOMATIK ✅
SENARAI GOLONGAN B40, M40, T20
NOMBOR TELEFON BANK
- Bank Simpanan Nasional: 1300-88-1900
- Maybank: 1-300-88-6688
- CIMB Bank: 03-62047788
- Bank Islam: 03-26900900
- Bank Rakyat: 1-300-80-5454
- Bank Muamalat: 1-300-88-8787
- Agro Bank: 1-300-88-2476
- AmBank: 03-21788888
- Affin Bank: 03-82302222
- Hong Leong Bank: 03-76268899
- Public Bank: 1-800-22-5555
No comments: