[KWSP] Kenapa Terdesak Untuk Umumkan Sesuatu Yang Tidak Memenuhi Keperluan ~ Najib Razak

Kenapa nak teruskan dengan had pengeluaran RM500 sebulan
hanya untuk mereka yang kehilangan kerja sahaja jika ianya tidak memenuhi
keperluan dan kehendak ramai?
Adakah hanya 600,000 warga Malaysia yang hilang kerja perlu
dibantu?
Bagaimana pula dengan mereka yang tak hilang kerja tetapi
pendapatan bulanan mereka turun mendadak sebab OT, elaun, point servis,
komisyen dan sebagainya dikurangkan atau gaji asas mereka dipotong majikan?
Ramai pekerja juga terpaksa bersetuju dengan majikan untuk
ambil no-pay leave atau half-pay untuk membantu kelangsungan majikan.
Mereka tak hilang kerja tapi pendapatan berkurang pada masa
komitmen bulanan mereka tetap tinggi.
Mengapa pembayaran one off sehingga RM10,000 ini amat
diperlukan oleh pencarum dan kenapa ianya perlu diperluaskan kepada mereka yang
tidak hilang kerja?
Antara sebabnya, pembayaran one-off ini sebanyak RM10,000
boleh digunakan sebagai penyelesaian hutang tunggakan mereka seperti bil
utiliti, bayaran sewa atau pinjaman rumah, keperluan untuk anak-anak, caruman
insurans tertunggak dan sebagainya.
Jika tak boleh buat RM10,000 sekaligus. Boleh bertimbangkan
lump sum RM3,000 atau RM5,000 sekaligus. Bakinya dibayar secara beransur setiap
bulan untuk 3 atau 6 bulan lagi.
Selain daripada itu, wang "lump sum" tersebut juga
boleh digunakan sebagai modal asas untuk memulakan perniagaan kecil terutama
sekali bagi mereka yang sudah kehilangan kerja. Sebagai contoh, wang ini juga
boleh digunakan untuk membeli peralatan seperti motosikal bagi menjadi pemandu
penghantar makanan atau barangan.
Sumber : Page Najib Razak
No comments: