Belanjawan 2021 Bantuan JKM / BPN / KWSP / PERKESO - InfoMalaysiaKini

Breaking

Friday, 6 November 2020

Belanjawan 2021 Bantuan JKM / BPN / KWSP / PERKESO


 

 

Pembentangan Bajet 2021 menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan untuk mengimbangi keperluan rakyat yang menghadapi pelbagai masalah di sebabkan pendemik Covid-19.

 

"Pembentangan Bajet 2021 membuktikan Menteri Kewangan mengutamakan kepentingan, kebajikan dan masa depan rakyat tanpa mengira perbezaan etnik dan kaum.

 

Bajet 2021 amat relevan dengan citarasa rakyat dan merangkumi kepentingan pelbagai golongan seperti sektor pendidikan, pertanian, peneroka, nelayan, petani, pesara, warga emas dan penjawat awam termasuk golongan wanita.

 

Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Aziz, Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2021 dihadapan YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertempat di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

 

Secara dasarnya Belanjawan 2021 adalah bertemakan “Teguh Kita Menang Bersama” di mana ianya memberi tiga fokus utama yang ditekankan menerusi Sesi Pembentangan Belanjawan 2021 adalah :

  1. Kesejahteraan Rakyat
  2. Kelangsungan Perniagaan
  3. Ketahanan Ekonomi

 

ANTARA INTIPATI BAJET 2021 

(Starategi 2 : Memelihara Golongan Rentan)

 

 

 

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

 

 

MENAIKKAN KADAR BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Berkerja : Daripada RM250 kepada RM300

MENAIKKAN KADAR BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

  • Bantuan Warga Emas, Penjagaan OKU & Pesakit Kronik Terlantar Daripada RM350 kepada RM500

MENAIKKAN KADAR BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

  • Elaun Pekerja OKU Daripada RM400 kepada RM450

MENAIKKAN KADAR BANTUAN BULANAN

  • Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & kebawah RM150 seorang bagi anak berumur 7 – 18 tahun. (Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga)

MENAIKKAN KADAR BANTUAN BULANAN

  • Peruntukan keseluruhan RM2.2 bilion iaitu penambahan sebanyak RM700 juta (Dijangka akan memanfaatkan 400,000 penerima)

 

 

BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)


 

Menggantikan Bantuan Sara Hidup kepada BPR dengan penambahbaikan kadar bantuan & kategori


ISI RUMAH BERPENDAPATAN  <RM2,500

  • 1 Orang anak : RM1200
  • 2 Orang anak atau lebih : RM1800

ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM2,501 – RM4000

  • 1 Orang anak : RM800
  • 2 Orang anak atau lebih : RM1,200

ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM4,001 – RM5,000

  • 1 Orang anak : RM500
  • 2 Orang anak atau lebih : RM750

INDIVIDU BUJANG BERPENDAPATAN <RM2,500

  • 21 tahun ke atas : RM350

RM6.5 bilion peruntukan keseluruhan dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta penerima

 



PROGRAM JARINGAN PRIHATIN


TAMBAHAN RM1.5 BILION
  • Dalam bentuk data internet percuma sebagai dana padanan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi

 

INISIATIF MERINGANKAN BEBAN RAKYAT

PENURUNAN KADAR CUKAI PENDAPATAN

  • Penurunan 1% bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,000 – Rm70,000

BANTUAN PEMBAYARAN SASARAN

  • Untuk B40 dan Perusahaan Mikro
  • Penangguhan ansuran selama 3 bulan atau pengurangan ansuran sebanyak 50% selama 6 Bulan

 

 

 

 

KWSP


PENGURANGAN CARUMAN KWSP

  • Daripada 11% kepada 9%
  • Setahun bermula Januari 2021, untuk meningkatkan pendapatan boleh guna sehingga RM9.3 Billion

PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

  • RM500/bulan untuk 12 bulan
  • Dijangka akan memanfaatkan 600,00 ahli yang terjejas

 

PERKESO

LANJUTAN TEMPOH ELAUN MENCARI KERJA SELAMA 3 BULAN

  • 80% gaji bagi bulan pertama
  • 50% gaji untuk bulan kedua
  • 30% gaji bagi 3 bulan terakhir

RM150 juta diperuntukkan untuk 130,000 pencari kerja


No comments:

Post a comment