Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui E-mel, Tak Perlu Keluar Ke Kaunter. Tak Perlu Pergi Ke Kaunter KWSP - InfoMalaysiaKini

Breaking

Thursday, 19 November 2020

Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui E-mel, Tak Perlu Keluar Ke Kaunter. Tak Perlu Pergi Ke Kaunter KWSP

 

Ramai yang menarik nafas lega apabila KWSP mengumumkan pengeluaran i-sinar dan permohonan berkemungkinan pada 1 Desember 2020  bagi semua ahli KWSP yang layak, terutamanya mereka yang terjejas akibat COVID-19.

 

Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mungkin ramai yang tertanya-tanya kalaulah i-Akaun boleh didaftarkan tanpa perlu keluar ke Pejabat atau Kios KWSP?

 

Jawapannya boleh!

 

So, bagi yang belum daftar i-akaun KWSP tapi nak apply i-Lestari hari ni. Tak perlu risau.

 

Boleh daftar i-akaun melalui e-mel saja.

 

Jom tengok cara-caranya di bawah ini.

 

 

 

 

 

CARA DAFTAR I-AKAUN KWSP MELALUI E-MEL

Berikut adalah langkah mendaftarkan i-Akaun melalui e-mel.

 

1. PERGI LAMAN WEB RASMI KWSP

Mula-mula, pergi ke laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my.

 

Ingat, jangan apply atau kongsikan maklumat anda melalui mana-mana orang tengah atau laman web yang tidak diketahui.

 

2. DAFTAR MELALUI E-MEL

Kemudian klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”.

 

3. MUAT TURUN BORANG

Secara automatik, borang akan dimuat turun.

 

 

 

daftar i akaun melalui emel

 

Kalau tak dapat, boleh download di SINI.

 

4. LENGKAPKAN DOKUMEN

Dokumen yang perlu disediakan:


  1. Borang permohonan yang lengkap
  2. Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  3. Gambar selfie dengan kad pengenalan
  4. Bukti pemilikan nombor fon (Contohnya: Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon)
  5. Salinan penyata akaun bank

 

 

 

 

 

5. HANTAR MELALUI E-MEL

  1. Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada iakaundaftar@epf.gov.my.
  2. Manakala penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari boleh di e-emelkan ke ilestarimohon@epf.gov.my.

 


PERTANYAAN LANJUT

  1. Anda merujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.
  2. Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari boleh dibuat melalui e-mel di ilestari@epf.gov.my.


No comments:

Post a comment