[BUKTI] Ramai Tak Setuju ~ KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 Bulan
Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi
Belanjawan 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
berkata, kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan
RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
“Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang
kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000
ahli yang terjejas.
“Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta
kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah
sehingga RM12,000.
“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1
akan melibatkan RM4 bilion,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan
Rakyat hari ini.
Jelas beliau, ahli yang layak boleh memohon mulai Januari
2021.
bekas Perdana Menteri Najib Razak juga ada memuat naik satu
posting mengenai pengumuman kerajaan tersebut
Berikut pula reaksi dari orang ramai di posting facebook
Najib Razak

"Najib Razak pelik kenapa bersasar.bagilh semua keluarkn.hak
rakyat kan.bukan duit kerajaan pun.budget tahun depan tiada yg menggembirakan"
"Dato. saya x hilang kerja sebab dh berhrnti since last year.
Masalahnya Bisnes kecil-kecilan saya terjejas.. tolong suarakan juga Dato Najib
Razak"
"Najib Razak ada orang dah tertunggak hutang sampai 2@3
bulan...nak kena tunggu januari untuk apply pengeluaran acc 1..hmm lamberttt
lagii nk tunggu...rm500 mampu cover interest loan yang dikenakan saja..kussss
semangatt"
Semoga pihak kerajaan dapat mendengar apa yang rakyat mahukan...
No comments: