[BORANG] Panduan Untuk Memohon Insentif RM480 Setahun Untuk Golongan Suri Rumah

PANDUAN MEMBUAT PENDAFTARAN I-SURI KWSP UNTUK SURI RUMAH
Pendaftaran i-Suri KWSP ini adalah salah satu langkah inisiatif kerajaan Malaysia bagi pengiktirafan kepada golongan suri rumah bagi peranan dan perjuangan mereka sebagai suri rumah.
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan sebelum memohon
i-Suri KWSP :
- Warganegara Malaysia.
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENCARUM
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
MAKLUMAN : Kepada suri rumah yang ingin mendaftar, anda
dibenarkan untuk memilih satu insentif sahaja dalam satu masa. Sebagai contoh,
jika anda suda mendaftar Insentif Persaraan (i-Saraan). Anda perlu membatalkan
dahulu sebelum memohon i-Suri KWSP.
HAD KADAR BAYARAN
- Minimum (RM sahaja): Tiada had
- Maksimum (RM sahaja): RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2,500
CARA UNTUK MENDAFTAR I-SURI KWSP
Untuk melakukan pendaftaran, anda boleh hadir ke mana-mana
cawangan KWSP yang berdekatan dengan membawa Mykad beserta dua borang
permohonan seperti berikut
- i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Pembayaran Caruman
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, RHB dan BSN)
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB dan PBB
Bagi maklumat lanjut tentang i-Suri KWSP, sila layari laman
web rasmi KWSP. di sini
No comments: