Bayaran Bulanan Serendah RM 300, Ini Cara Nak Mohon Rumah Mesra Rakyat & Dokumen-dokumen Yang Diperlukan

 

Dalam zaman sekarang, kita sering terdengar keluhan beberapa pihak tentang harga rumah yang semakin hari semakin tinggi nilainya, tambahan lagi keadaan ekonomi yang masih tidak menentu pada hari ini.

 

Namun sebagai rakyat, kita seharusnya harus mengambil tahu bahawa terdapat banyak peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan, khususnya dalam memiliki rumah sendiri pada harga yang mampu milik.

 

Tahukah anda, berkenaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memperkenalkan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi haruslah memiliki tanah sendiri atau meminta izin dengan pemilik tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

 


Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  5. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  6. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

 

REKA BENTUK













 

KAEDAH PELAKSANAAN DAN CIRI-CIRI PROGRAM RMR

 

 

 

 

 

 

 

CARA PERMOHONAN




Ikuti tujuh langkah permohonan yang akan anda buat ini:-

  1. Buka laman web di http://rmr.spnbonline.com.my.
  2.  Klik pendaftaran baru. Isikan borang pendaftaran dengan lengkap.
  3. Penerimaan Login ID dan kata laluan. Kata laluan akan dihantar kepada pemohon.
  4. Log masuk ke laman utama. Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
  5. Melengkapkan borang online. Isi maklumat ke dalam sistem.
  6. Selesai mengisi borang online. Klik ‘Selesai Pendaftaran Borang’ dan ‘Cetak Borang’.
  7. Majukan borang dan dokumen kepada SPNB. Memajukan borang berserta dokumen ke pejabat cawangan SPNB yang berdekatan.

 

Pemohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

 

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

 

NOTA:

Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A


SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

 

 

TANGGUNGJAWAB PEMOHON

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  5. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)






No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.