150 Ribu Murid Di 500 Sekolah Akan Menerima Komputer Riba - InfoMalaysiaKini

Breaking

Friday, 6 November 2020

150 Ribu Murid Di 500 Sekolah Akan Menerima Komputer Riba

 

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi pembentangan Belanjawan 2021 pada hari ini mengumumkan bahwa GLIC dan GLC akan menyumbang sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK  bagi pemberian komputer riba kepada 150, 000 murid.

 

Ia akan melibatkan 500 buah sekolah sebagai projek rintis dan ia akan diselia oleh Yayasan Hasanah.

 

Dalam pada itu, Tengku Zafrul juga memaklumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta bagi tahun 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara, JENDELA yang bertujuan untuk memastikan kesalinghubungan sejumlah 430 buah sekolah di seluruh Malaysia meliputi semua negeri.


Sumber : siakapkeli

No comments:

Post a comment