[VIDEO] TAMAN SEMARAK TAWAU YANG MENJALANI PERINTAH PKPD MULA MENUNJUKKAN DEMONSTRASI AMAN - InfoMalaysiaKini

Breaking

Thursday, 29 October 2020

[VIDEO] TAMAN SEMARAK TAWAU YANG MENJALANI PERINTAH PKPD MULA MENUNJUKKAN DEMONSTRASI AMAN

 


Pada petang tadi, berlaku demonstrasi aman berdekatan dengan pintu kawalan  keluar masuk pkpd Taman Semarak Tawau. 

 

 


 

Melalui perkongsian video live di facebook, rata-rata rakyat Taman Semarak menyatakan suara mereka yang meminta  agar mereka boleh keluar untuk berbelanja barangan rumah di kedai berdekatan Taman Semarak Tawau.

 

Mereka juga meminta agar ketua keluarga dibenarkan untuk berbelanja barangan dapur  bagi wakil setiap keluarga.

 


Tidak ketinggalan juga, mereka menyatakan mesej mereka melalui plakad yang meminta izin agar mereka dibenarkan untuk mengambil duit di bank bagi membeli susu dan pampers bagi anak mereka.

 

 

 

 

Kita sedia maklum kawasan Taman Semarak dikenakan PKPD bermula 26 Oktober sehingga 9 November.

 

Semoga ada penyelesaian yang terbaik bagi isu yang berlaku. Kita doakan semoga segala-galanya baik-baik saja.

 

Sebab Demonstrasi Aman Berlaku :

  1. Bekalan dari luar tidak di benarkan masuk...
  2. Penduduk mahu belanja keperluan dan bekalan makanan  dikedai tidak dibenarkan dan bertentangan dengan apa yang diumum menteri.
  3. Pihak keluarga yang dari luar hendak menghantar barang sampai gate pun tidak dibenarkan.
  4. Sudah masuk hari keempat apa jenis bantuan makanan pun belum diberi seperti yang di umum oleh menteri bahawa bantuan makanan akan disediakan oleh kerajaan negeri...
  5. Arahan yang tidak seragam dan bercanggah antara agensi membuatkan penduduk kebingungan.
  6. Penduduk yang dari klinik kesihatan yang membawa sedikit bekalan makanan tidak dibenarkan membawa masuk untuk balik kerumah....



No comments:

Post a comment