SENARAI BANTUAN KERAJAAN YANG TELAH DIUMUMKAN - InfoMalaysiaKini

Breaking

Thursday, 1 October 2020

SENARAI BANTUAN KERAJAAN YANG TELAH DIUMUMKAN

 

Kerajaan Perikatan Nasional telah memutuskan untuk melaksanakan beberapa inisiatif dan bantuan tambahan khusus untuk saudara dan saudari sekalian di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN, atau dengan ringkasnya, KITA PRIHATIN. Pakej ini mensasarkan kelompok-kelompok berikut iaitu:

 

  • GOLONGAN B40 YANG BERKELUARGA DAN BUJANG
  • GOLONGAN M40 YANG BERKELUARGA DAN BUJANG
  • GOLONGAN PEKERJA NEGARA DALAM PELBAGAI BIDANG
  • GOLONGAN PENIAGA MIKRO DALAM PELBAGAI BIDANG

 

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut

 

 

 

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)


Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

 

Ia melibatkan pemberian wang tunai yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

 

Berikut adalah info lanjut tentang BPN, kelayakan, serta cara membuat permohonan.

 

SYARAT KELAYAKAN BPN

Kategori yang layak menerima adalah seperti berikut:

Kategori B40

Isi Rumah

  • Kahwin atau Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang ada melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan
  • Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

Bujang

  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas) dan
  • Pendapatan bujang adalah RM2,000 dan ke bawah


Kategori M40

Kategori yang layak menerima BPN M40  adalah pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM dengan berstatus seperti berikut:

Isi Rumah

  • Kahwin atau Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian dan Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

Bujang

  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian dan Had umur adalah 21 tahun dan ke atas dan Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
  • Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

 

CARA PERMOHONAN


Penerima yang layak menerima boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020.

Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  • Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan dan
  • Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

 

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

 

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
  3. Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Individu yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan sama ada Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh mengemukakan permohonan baharu mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020.

  1. Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my; atau dengan menghantar
  2. borang secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.
  3. Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan https://bpn.hasil.gov.my.

 

 

GERAN KHAS PRIHATIN 2.0

 


SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON GKP?


GKP adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

 


 

Mereka yang memohon GKP perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia


Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  1. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  2. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan  Berdaftar dengan agensi-agensi berikut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
  3. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

 

Bagaimanakah memohon GKP?

  1. Tarikh Permohonan GKP dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan).
  2. Jumlah nilai bantuan GKP adalah RM3,000 secara one-off
  3. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.
  4. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.
  5. Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

 

 

 

PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU) RM600-RM1200

 

 


Program Subsidi Upah (PSU) telah diperkenalkan pada 27 Mac 2020 di bawah Pakej PRIHATIN untuk membantu majikan dalam tempoh 3 bulan semasa covid melanda negara Malaysia.

 

PSU ialah bantuan kewangan yang akan dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

 

Nilai bantuan yang diberikan adalah RM600, RM800 dan juga RM1200 bergantung kepada bilangan pekerja di syarikat tersebut.

 

Namun, ada sebilangan majikan yang licik dengan tidak memberikan bantuan PSU ini kepada pekerja mereka dengan memberikan pelbagai alasan seperti syarikat tidak layak mendapat bantuan atau syarikat tidak memohon bantuan tersebut.

 

 

Cara Membuat Semakan Program Subsidi Upah (PSU)

 

Disini, kami akan kongsikan cara untuk anda membuat semakan sendiri samada syarikat anda bekerja layak atau telah mendapat kelulusan untuk bantuan RM600-RM1200 Sebulan yang sepatutnya menjadi hak milik anda.

 

 

 

 Layari https://prihatin.perkeso.gov.my/psu/ atau klik Semakan PSU Perkeso 2020


Sekiranya syarikat anda bekerja layak mendapat PSU sebaliknya anda dibuang dalam tempoh tersebut dengan alasan covid atau syarikat tidak mampu membayar gaji, tindakan boleh diambil terhadap majikan anda kerana untuk penerima PSU adalah untuk mengekalkan pekerja dalam tempoh 6 bulan semasa menerima PSU.


No comments:

Post a comment