sadaqahmarket - borang permohonan bantuan bekalan makanan untuk B40 - InfoMalaysiaKini

Breaking

Friday, 9 October 2020

sadaqahmarket - borang permohonan bantuan bekalan makanan untuk B40

 

 

Bagi orang ramai yang terjejas dengan pekerjaan mereka di musim pandemik ini seperti kehilangan pekerjaan, golongan B40 dan diberikan cuti tanpa gaji oleh majikan, bolehlah memohon bantuan yang disediakan oleh Malakat Mall dan Yayasan Brainy Brunch iaitu bantuan berbentuk bekalan makanan.

 

Semakan Borang Permohonan Bantuan Makanan B40 Pasca Moratorium, Bekalan Makanan Boleh Dipohon oleh sesiapa yang memerlukan bantuan segera

 

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut

 

 

 

  • Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan. Jika ANDA memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit, sila mohon dengan segera.
  • Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan.
  • Sehubungan itu, kami akan menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.
  • Kami juga akan memberi Nasi Bungkus siap masak untuk mereka yang tidak mempunyai makanan langsung.
  • Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.

 

Syarat-Syarat Pemohon:


Pendapatan Isi Rumah

  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi

Tanggungan Isi Rumah

  • Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi

Pekerja Yang Bercuti Tanpa Gaji

  • Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19

Hilang Punca Pendapatan Keluarga

  • Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan

Peniaga Pasar Malam

  • Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan

Ibu Tunggal

  • Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak



Cara Permohonan Bantuan Makanan B40

Permohonan boleh diakukan melalui pautan yang disediakan di bawah, Bantuan Makan B40 ini boleh dipohon kepada golongan yang layak. Sila pastikan anda cukup kelayakan dan syarat yang ditetapkan.

Klik disini : Borang Permohonan Bantuan Makanan B40

2 comments:

  1. Macam mne nk mohon bantuan ni

    ReplyDelete
  2. Semoga saya menerima rezeki .... dari pihak yang ikhlas.....

    ReplyDelete