[GAMBAR] "Semoga Allah Selamatkan Sabah" , Ustaz Ebit Lew hantar Sumbangan Ke Sabah

Situasi COVID-19 di Sabah masih lagi tidak menunjukkan
tanda-tanda untuk pulih sepenuhnya dengan kes harian yang tinggi setiap hari.
Dalam keadaan ini, petugas barisan hadapan bekerja keras
untuk membendung penularan jangkitan virus tersebut.
Namun, apabila kes covid-19 melonjak tinggi, doktor dan
jururawat dari beberapa hospital di semenanjung juga terpaksa dibawa ke sana
bagi membantu petugas di sana.
Lebih memeritkan, mereka kekurangan alatan perubatan dan
keperluan kerana jumlah pesakit yang ramai setiap hari.
Ramai yang melakukan sumbangan bagi meringankan beban mereka termasuk Ustaz Ebit Lew.
Menerusi kiriman terbaru di Facebook miliknya, beliau berkongsi kerisauan
terhadap nasib petugas di sana.
Ustaz Ebit Lew
mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan barangan perubatan seperti set
PPE dan face shield dengan menggunakan perkhidmatan pesawat Raya Airways.
Doakan ya. Teramat risau sangat baca tentang saudara kita di
Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke
Sabah. Hantar barang medikal set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover
bertujuan untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.
Saya guna perkhidmatan Raya Airways.
Doakan ye insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang
orang Sabah sangat.
Moga segala sumbangan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dan
juga individu lain boleh mengurangkan sedikit sebanyak beban yang perlu
ditanggung oleh petugas perubatan di sana.
No comments: