(GAMBAR) CARA/PANDUAN UNTUK MEMBUAT SEMAKAN STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN 2.0) - InfoMalaysiaKini

Breaking

Friday, 2 October 2020

(GAMBAR) CARA/PANDUAN UNTUK MEMBUAT SEMAKAN STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN 2.0)

 

Mengambilkira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

 

JUMLAH BANTUAN YANG AKAN DISALURKAN DI BAWAH BPN 2.0 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  • Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40
  • Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang
  • Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
  • Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

 

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

 

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini. Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu

 

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut

 

 

 

 

PERMOHONAN BAHARU BPN 2.0

 

Permohonan baharu BPN 2.0 dibuka mulai 15 Oktober - 15 November 2020 (1 bulan).


Bagaimanakah cara untuk memohon BPN 2.0?

Permohonan BPN 2.0 boleh dibuat melalui

  1. Dalam talian https://bpn.hasil.gov.my; atau
  2. Penghantaran borang manual ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM. Borang permohonan boleh dimuat turun di portal https://bpn.hasil.gov.my.


CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN PRIHATIN NASOINAL 2.0 (BPN 2.0)

 

 

Berikut adalah cara membuat semakan status Bantuan Prihatin Nasoinal 2.0 yang diumukan oleh Perdana Menteri.



  • masukan No Kad Pengenalan pemohon
  • klik "canta" untuk pergi ke peringkat seterusnya
  • masukkan huruf yang telah disediakan di ruang kosong.
  • pastikan sama seperti dalam gambar
  • selesai masukkan huruf seperti di atas, klik "semak"
  • masukkan Kad Pengenalan anda semula
  • klik "cari"
  • masukkan huruf yang telah disediakan
  • klik "semak"

  • sudah buat semakan.
  • semua maklumat akan dikeluarkan
  • kalau anda lulus, permohonan untuk BPN 2.0 secara automatik anda akan dapat
  • kalau anda gagal/tidak lulus anda perlu membuat permohonan pada 15/10/2020
  • semoga berjaya


No comments:

Post a comment