BORANG PERMOHONAN BAHARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0 (BPN 2.0) - InfoMalaysiaKini

Breaking

Wednesday, 21 October 2020

BORANG PERMOHONAN BAHARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0 (BPN 2.0)

 

Mengambilkira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

 

JUMLAH BANTUAN YANG AKAN DISALURKAN DI BAWAH BPN 2.0 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  • Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40
  • Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang
  • Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
  • Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

 

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut

 

 

 

KELAYAKAN PERMOHONAN BPN 2.0


Kategori B40

Isi Rumah:

  1. Sudah berkahwin
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

Bujang:

  1. Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  2. Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  3. Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah


Kategori M40

Isi Rumah:

  1. Sudah berkahwin
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

Bujang:

  1. Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  2. Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  3. Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000

 

 

 

 

 

Cara Mohon BPN

  1. Tiada permohonan baru perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 bagi yang pernah dapat BPN sebelum ini. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah LULUS dibawah Portal BPN sebelum ini.
  2. Bagi mereka yang LAYAK tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk RAYUAN dan PERMOHONAN BAHARU.

Soalan Lazim Ringkas

Bagaimanakah cara untuk memohon BPN 2.0?

Permohonan BPN 2.0 boleh dibuat melalui apa?

Dalam talian https://bpn.hasil.gov.my (digalakkan buat online)

Penghantaran borang manual ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM. Memandangkan web bpn lhdn berat nak masuk min dah tolong dowload untuk anda.. (Muat turun Borang Manual BPN 2.0)


No comments:

Post a comment