YTL FOUNDATION - MOHON / SEMAKAN TELEFON PERCUMA BAGI GOLONGAN B40
DAPATKAN DATA PERCUMA
YES memberikan kad SIM pelan data prabayar bernilai 40GB
kepada ibubapa untuk pembelajaran anak - anak mereka di rumah. Kad SIM ini akan
di hantar ke alamat kediaman yang berdaftar.
BANTULAH KAMI UNTUK SALURKAN TELEFON BIMBIT PERCUMA
Pertolongan anda diperlukan: Realitinya, bukan semua murid
dapat menikmati pembelajaran dari rumah kerana ada dikalangan mereka yang tidak
mampu untuk memiliki sebarang alat peranti. Untuk itu kami ingin membantu
dengan memberikan telefon percuma dengan data 120GB (10GB / sebulan selama 12
bulan) kepada murid dari keluarga B40 supaya mereka boleh belajar dari rumah.
Adakah anda mengenali murid yang tidak dapat meneruskan pembelajaran dari rumah
kerana tidak mempunyai peranti?
Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah
daripada keluarga B40:
Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak
dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
- Nombor MyKid/MyKad murid
- Nombor MyKad Ibubapa
- Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke
https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian
klik ‘Semak’
Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40,
status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera
sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.
Pendaftaran : https://appform.prod.frogdev.asia/
Semakan : https://lcs.yes.my/
No comments: