Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah mangkat
KOTA BHARU - Ayahanda Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan
Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz iaitu Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah
mangkat pada jam 2.37 pagi tadi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.
Almarhum Tengku Abdul Aziz yang berusia 87 tahun difahamkan
mangkat akibat sakit tua.
Pertubuhan Kerabat D’ Raja Kelantan Al-Muhammadi dalam satu
kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan jenazah Almarhum Tengku Abdul Aziz
akan dibawa balik ke Kota Bharu dengan menggunakan pesawat khas yang dijangka
tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 11.45 pagi.
Jenazah Almarhum Tengku Abdul Aziz kemudiannya akan dibawa
ke Istana Balai Besar jam 12 tengah hari.
Almarhum Tengku Abdul Aziz akan dimakamkan di Makam Diraja
Langgar di sini selepas solat jenazah di Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar.
Kenyataan itu turut memohon agar persiapan dibuat di Istana
Balai Besar.
Pegawai dan kakitangan digalakkan memakai baju Melayu warna
putih atau lembut.
Rakyat negeri ini menerusi Facebook turut mengucapkan
takziah dan mendoakan Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sumber: SinarHarian
No comments: