Tan Sri Dr Rais Yatim - Jaga bahasakah kita semasa berhujah?
Ahli Dewan Negara perlu menuturkan kata-kata yang sopan
setiap kali berucap dan berbahas, walaupun mempunyai perbezaan pandangan, kata
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Dalam ucapan sulungnya sebagai Yang Dipertua, Rais berkata, percakapan ahli Dewan ditonton oleh rakyat dan menjadi contoh, terutama kepada golongan muda.
"Semak diri kita. Berbudi bahasakah kita? Jaga
bahasakah kita semasa berhujah? Hormatkah kita pada sistem dan molekkah bahasa
yang dituturkan? Adakah bahasa kita ini boleh dicontohi oleh anak-anak
kita?" Tan Sri Dr Rais Yatim berkata.
Beliau berkata, setiap Ahli Dewan Negara mempunyai latar belakang profesional yang perlu dicerminkan pada setiap tutur kata, semasa di dalam Dewan.
Pada masa sama, katanya, kedudukan Dewan Negara sebagai dewan perwakilan rakyat tertinggi di Malaysia juga harus dimuliakan.
Rais berkata, walaupun pemilihannya sebagai Yang Dipertua mendapat tentangan, beliau berharap perkara itu tidak akan memberi masalah dalam sesi Dewan.
"Pengalaman terdahulu, menentukan kita di sini. Dalam
63 tahun yang lampau, setiap calon yang dikemukakan Perdana Menteri yang
berkuasa. Tiada dengan cacat atau bantahan, kecuali hari ini.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli Dewan yang memberi kepercayaan kepadanya memikul tanggungjawab itu.
Dalam pemilihan secara undi bersurat bagi menentukan Yang Dipertua Dewan Negara ke-18 pagi tadi, Rais memperoleh 45 undi, manakala seorang lagi calon Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, mendapat 19 undi dan seorang senator tidak hadir.
Sumber : Berita Harian
No comments: