SPRM tahan 2 anggota keselamatan disyaki untuk ‘membeli’ undi
MENAHAN DUA
ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN DI LAHAD DATU
PRN SABAH | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menahan dua anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu kerana dipercayai
menerima sejumlah wang disyaki untuk ‘membeli’ undi bagi salah seorang calon
parti politik.
Menurut sumber, kedua-dua suspek itu didakwa menjadi ‘orang
tengah’ untuk memberikan wang tersebut kepada pengundi awal hari ini susulan
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.
Kes berkenaan dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
kepada SPRM setelah aduan diterima berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy
mengesahkan penahanan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.
- Bernama
No comments: