SPA9 AKAN GANTI SPA8I BERMULA 28 SEPTEMBER 2020 UNTUK PERMOHONAN JAWATAN KOSONG UNTUK SEKTOR AWAM
Pengumuman Penting Mengenai Penutupan Borang SPA8i Bagi
Kerja-Kerja Menaik Taraf ke Sistem Baharu - Sistem Pendaftaran Pekerjaan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)
Dimaklumkan bahawa penutupan Borang SPA8i bagi kerja-kerja
menaik taraf ke sistem baharu iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) akan dilaksanakan pada ketentuan berikut :
Tarikh/Masa Mula : 23 September 2020 (Rabu) / 10.00 pagi
Tarikh/Masa Tamat : 28 September 2020 (Isnin) / 10.00 pagi
Untuk makluman, SPA berada pada fasa terakhir bagi menaik
taraf sistem sedia ada untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Sehubungan
dengan itu, penutupan Borang SPA8i dibuat bagi melancarkan proses peralihan
tersebut.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hotline SPA di
talian 03-8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan
https://aduan.spa.gov.my .

No comments: