Seorang Pendaki Didapati Positif Covid-19 - Kompleks Taman Kinabalu Ditutup

Setiausaha Tetap, Dr Jamili Nais berkata, notis terbabit
dikeluarkan berikutan seorang pendaki Tawau mempunyai kontak rapat dengan
individu yang didapati positif Covid-19.
Pihak kita telah diberitahu bahawa pada tarikh 13 sehingga
14 September lalu, seorang pendaki dari Tawau yang mempunyai kontak rapat
dengan pesakit Covid-19 adalah didapati positif.
Oleh disebabkan maklumat tersebut, JKNS mencadangkan supaya
Kompleks Taman Kinabalu ditutup kepada orang awam termasuk pendaki ke Gunung
Kinabalu selama 14 hari berkuatkuasa pada 25 September sehingga 8 Oktober.
Semua kakitangan yang bertugas di pusat saringan, kaunter
pendaftaran serta pintu masuk Kompleks Taman Kinabalu dan Panalaban dikehendaki
menjalani saringan kesihatan hari ini di Dewan Kinabalu.
Selain itu, semua malim gunung dan porter serta kakitangan
Sutera Sanctuary Lodge (SSL) dan Mt Torq yang terdedah kepada jangkitan
Covid-19 ketika bertugas pada dua tarikh berkenaan dikehendaki menjalani
saringan kesihatan," katanya.
Sementara itu, Jamili turut berkata, kakitangan dan malim
gunung rombongan pendaki yang dikenalpasti terdedah rapat dikehendaki menjalani
kuarantin di rumah sehingga keputusan saringan kesihatan diperolehi.
Walau bagaimanapun, kakitangan Taman, SSL dan Mt Torq serta
agensi yang ada kepentingan akan dibenarkan masuk di samping semua kemudahan
awam akan dilakukan proses nyahkuman," katanya.
Jamili juga memberi taklimat berhubung situasi tersebut
kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk
Christina Liew.
Sumber : MyMetro
No comments: