SEMOGA PARA PENIAGA KECIL TERUS KUAT DAN TABAH!

Melihat gambar dan perasaan yang sangat sedih wujud dalam
diri ini.
Si anak dan isteri yang turun untuk membantu sang suami
mencari rezeki di pasar malam. Namun terpaksa akur dengan pekeliling baru yang
menyatakan tidak boleh berniaga buat sementara waktu. Allahuakbar.
Kita sangka baik, pekeliling dikeluarkan ada sebabnya.
Mungkin untuk mengelakkan jangkitan covid19 disebabkan pertambahan kes baharu
hari ini. Semoga segalanya ada hikmah.
Penangan covid19 kali ini sangat sakit. Semoga tuhan
menggantikan dengan rezeki yang lebih baik selepas ini buat para peniaga kecil
ya.
Hanya peniaga pasar malam yang ingin mencari sesuap nasi
demi keluarga yang sederhana.
Sumber : TawauKini
No comments: